SILA KLIK FOLLOW SEBELUM COPY BAHAN INI

Pesanan

SILA KLIK "JOINT THIS SITE" DI ATAS DAHULU SEBELUM MENGAMBIL, MENCIPLAK DAN MENCETAK BAHAN2 NOTA DALAM BLOG INI. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DGN SAYA EMAIL : abjipkb@yahoo.com @ FB: Azizi Cyberspot
Happy all, welcome to this blog, I hope that this blog will benefit and share it with everyone around the world, especially who want to know and find information about education in Malaysia. Thanks to that has been a follower of this blog and will become. InsyaAllah, we will meet again in the future.

Monday, 27 August 2012

Komuniti Pembelajaran


Definisi komuniti

Secara keseluruhannya, komuniti menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada orang yang tinggal  di sesuatu tempat, daerah, negara dan sebagainya (di bawah satu pemerintahan), masyarakat keseluruhannya. Komuniti turut menerangkan tentang tempat yang didiami oleh sesuatu masyarakat, kumpulan haiwan dan tumbuhan yang hidup di sesuatu tempat serta saling bergantung dan berhubungan antara satu dengan yang lain. Secara rumusannya, komuniti bolehlah diertikan sebagai individu yang tinggal disesuatu tempat dan saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk benda hidup dan benda bukan hidup yang lain.

Definisi Pembelajaran

Biasanya pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman (Slavin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987). Pembelajaran tidak merujuk kepada perubahan akibat perkembangan seperti mengalami pertambahan ketinggian.
            Dalam mendefinisikan pembelajaran, Stalling (1973) telah menetapkan tiga kriteria penting iaitu :
1)       Pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam tingkah laku.
2)       Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran.
3)       Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan.
Mengikut apa yang dikatakan oleh Stalling ini, pembelajaran dikatakan berlaku sekiranya tingkahlaku seseorang individu itu berubah, melibatkan sesuatu pemikiran dan mengalami perubahan melalui pengalaman atau latihan.Pendapat yang diutarakan oleh Stalling ini dikukuhkan lagi dengan pendapat Woofolk (1998) yang mengatakan,
‘….. learning occurs when experience causes a relatively permanent change in an individual’s knowledge or behavior. The change may be deliberate or unintentional, for better or for worse’.

Crow dan Crow (1983) pula menyifatkan pembelajaran merupakan pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap serta melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ini berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi baru.
Manakala menurut Rahil Mahyuddin (2000), pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku yang melibatkan keterampilan kognitif; iaitu penguasaan ilmu dan penguasaan intelek.

Sebagai rumusannya, pembelajaran berlaku apabila adanya perubahan tingkah laku yang kekal. Dalam proses pembelajaran, perubahan tingkahlaku adalah akibat mendapat kefahaman daripada maklumat baru, latihan, pengalaman, celik akal atau cuba jaya. Pembelajaran berlaku secara disedari atau tidak disedari dan merupakan proses yang berterusan yang berlaku sepanjang hayat.

Konsep komuniti pembelajaran

 Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku.
Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat/idea, perasaan saling, persaingan yang sihat dan sebagainya.


Teori Ekologi Bronfenbrenner (Komuniti Pembelajaran)
  
Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917), yang mana fokus utamanya ialah konteks sosial di mana seseorang kanak-kanak membesar dan individu-individu yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya.

Sistem Mikro
Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu menghabiskan sebahagian besar masanya iaitu persekitaran yang paling hampir dengan individu. Situasi ini termasuklah bersama-sama keluarga, rakan sebaya, berada disekolah, atau kawasan setaman atau sekampung. Dalam sistem mikro, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain. Bagi Bronfenbrenner, pelajar atau individu bukanlah penerima yang pasif kepada pengalaman persekitaran tetapi adalah merupakan seorang yang berinteraksi timbal balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang yang membina seting tersebut.

Sistem Meso
Sistem meso melibatkan hubungan antara sistem mikro. Contohnya, menghubungkan antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah; antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman bersama rakan sebaya. Pengalaman dalam satu sistem mikro boleh mempengaruhi pengalaman dalam sistem mikro yang lain. Contohnya, seorang pelajar yang merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga, mungkin akan menghadapi masalah menjalin hubungan yang positif dengan gurunya. 

Sistem Ekso
Sistem ekso adalah keadaan di mana pengalaman dalam sesuatu seting (di mana pelajar tidak aktif) mempengaruhi pengalaman pelajar dan guru dalam konteks yang langsung. Contohnya, Lembaga Penyeliaan Sekolah dan Taman Permainan di sesuatu daerah (sama seperti Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dalam konteks Malaysia). Mereka mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualiti sekolah, taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka dalam perkara-perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar di daerah tersebut.

Sistem Makro
Sistem makro melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal; termasuklah nilai dan adat resam masyarakat. Contohnya, ada budaya (seperti budaya Islam di Mesir dan Iran) sangat menegaskan peranan tradisi mengikut jantina. Dalam budaya lain (seperti di Amerika Syarikat), peranan mengikut jantina yang lebih pelbagai dapat diterima. Dalam kebanyakan negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan peranan lelaki atau lelaki memainkan peranan yang dominan dalam budaya tersebut. Di Amerika Syarikat, di sekolah-sekolah telah ditanamkan budaya peranan dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dan perempuan.

Sistem Krono
Sistem krono merujuk kepada keadaan sosio-sejarah perkembangan seseorang pelajar. Contohnya, pelajar pada hari ini hidup dalam banyak perkara yang pertama dilalui. Mereka adalah generasi pertama mengalami jagaan harian di taman asuhan kanak-kanak (taska) atau diasuh di rumah orang lain atau dijaga oleh pembantu rumah. Mereka adalah generasi pertama yang hidup dalam buih elektronik (electronic bubble) yang dicirikan oleh komputer dan bentuk baru media, generasi “post-sexual-revolution” dan generasi yang dibesarkan dalam kawasan perbandaran yang tersebar (dispersed, deconcentrated cities).

Aksiomatik


Pendekatan adalah aksiomatik,iaitu kenyataan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan.jika kita menggunakan cara-cara melaksanakan model,prinsip atau teori pembelajaran terhadap sesuatu pelajaran,maka model,prinsip  atau teori pembelajaran boleh dijadikan sebagai suatu pendekatan dalam pelajaran yang berkenaan.

Wednesday, 20 June 2012

Monday, 18 June 2012

SOALAN TUTORIAL DAN ISL 2012

MINGGU 1 
 TOPIK 1. Alam Belajar
· Konsep Alam Belajar
· Pengalaman Belajar Kanak-kanak
· Peranan & Kepentingan Bermain dalam Proses Pembelajaran

TUTORIAL
Penjelasan sesi tutorial & ISL.Pembahagian kumpulan dan topik tutorial untuk dibentangkan dalam sesi tutorial (mula minggu 2)
..
ISL
Cari dan senaraikan buku-buku rujukan yang sesuai di perpustakaan/ laman web. Simpan senarai ini dalam portfolio untuk membuat rujukan tambahan.

Persediaan untuk tutorial minggu ke-2: Carian maklumat dari internet atau perpustakaan tentang demonstrasi dan penerangan permainan tradisional untuk kanak-kanak.
..
RUJUKAN
Noriati,Boon & Sharifah.(2008). Murid dan Alam Belajar.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd
...
MINGGU 2
TOPIK
· Ciri-ciri dan jenis-jenis main
..
TUTORIAL
Pembentangan Tutorial: Pilih satu permainan tradisional, demonstrasi cara permainan dan bincangkan kepentingannya kepada perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak.
...
ISL
Pelajar membuat rumusan kandungan kuliah dan bahan-bahan rujukan dalam peta konsep dan simpan dalam portfolio.

Persediaan tutorial: Melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang prinsip-prinsip pembelajaran Ewell. Banding bezakan prinsip-prinsip pembelajaran yang dibincangkan dalam artikel tersebut dengan prinsip pembelajaran Gagne. Sediakan grafik banding-beza dan bentangkan dalam kelas.

..
MINGGU 3
TOPIK 2. Konsep Pengajaran & Pembelajaran
· Pengertian pengajaran dan pembelajaran
· Prinsip-prinsip pembelajaran
· Jenis-jenis pembelajaran
..
TUTORIAL
Pembentangan Tutorial: Banding bezakan prinsip-prinsip pembelajaran Ewell yang dibincangkan dalam artikel tersebut dengan prinsip pembelajaran Gagne.
..
ISL
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan-bahan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio.

Persediaan tutorial:
Pelajar bincang dan banding beza pandangan ahli teori behavioris Watson, Pavlov dan Thorndike berkaitan cara organisma/ manusia belajar. Sediakan satu aktiviti menguji pemahaman tajuk berkenaan. (contoh: kuiz, senarai semak dan ujian)
..
..
MINGGU 4
TOPIK 3. Teori-teori Pembelajaran
Teori Behavioris
..
TUTORIAL
Pembentangan Tutorial: Banding beza ketiga-tiga pandangan ahli teori behavioris tersebut dengan menggunakan pengurusan grafik.
Selepas pembentangan, buat satu aktiviti menguji pemahaman tajuk berkenaan(contoh: kuiz, senarai semak dan ujian)
..
ISL
Layari internet dan muat turun maklumat berkaitan implikasi teori pembelajaran behavioris terhadap pengajaran-pembelajaran kepada kanak-kanak berkeperluan khas.
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan kepada bentuk peta konsep / pengurusan grafik dan simpan dalam portfolio.

Persediaan tutorial: Pelajar mengkaji teori behavioris dan menganalisis secara PMI implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran.
..
RUJUKAN
http://www.funderstanding.com/
http://tip.psychology.org/

Cadangan tutorial tambahan: Muat turun video klip berkaitan dengan ujikaji atau kajian teori behavioris. Bincangkan bersama rakan dalam kelas


..
MINGGU 5

TOPIK : Teori Behavioris
..
TUTORIAL
Membuat pembentangan secara PMI (Plus, Minus, Interesting) tentang implikasi teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran. Galakkan respons dari kumpulan lain.
..
ISL
Membuat pembentangan secara PMI (Plus, Minus, Interesting) tentang implikasi teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran. Galakkan respons dari kumpulan lain.
..
RUJUKAN
Sila lihat Lampiran 1(PMI)

Woolfolk,A. (2004)
Educational Psychology(9th ed) New Jersey: Prentice Hall.
.
..
MINGGU 6
TOPIK 3. Teori-teori PembelajaranTeori Kognitif & Konstruktivis
..
TUTORIAL
Pelajar diberi aktiviti menilai tahap daya ingatan kendiri.
Contohnya, Analisis Kognitif Kendiri (Ingatan): Pelajar dikehendaki menulis maklumat yang dibaca secara menyeluruh. Pelajar-pelajar menyenaraikan seberapa banyak perkataan yang terdapat dalam petikan. Bincangkan.

Pembentangan Tutorial: Pelajar mengenal pasti sebab-sebab lupaan berlaku dan mencadangkan strategi meningkatkan daya ingatan.
..
ISL
Persediaan tutorial:
Carian maklumat dengan melayari internet dan bahan rujukan(buku, jurnal) serta muat turun maklumat berkaitan Constructivist 5E Model Lesson.
Mengaplikasikan prinsip 5E dalam pengajaran pembelajaran
.
..
MINGGU 7
TOPIK 3. Teori-teori Pembelajaran Teori Pembelajaran Sosial & Pendekatan Humanis
..
TUTORIAL
Pembentangan Tutorial:
Kumpulan pembentang memberi penerangan tentang 5E.
Kumpulan lain mencadangkan aplikasi prinsip 5E dalam pengajaran pembelajaran

Pengintegrasian ICT digalakkan.

Pensyarah memberi taklimat/ penerangan pelaksanaan KKP
..
ISL
Muat turun maklumat internet mengenai pembelajaran sosial, modeling, dan pembelajaran pemerhatian serta pendekatan humanistik.

Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik dengan memberi tumpuan kepada rumusan semua teori dan simpan dalam portfolio.

Persediaan tutorial:Pelajar menganalisis model pengajaran pemprosesan maklumat dan model behavioral dengan menggunakan teknik analisis SWOT.
.
..
MINGGU 8
TOPIK : 4. Model, Pendekatan, Strategi Dan Kaedah Pengajaran
Model-model Pengajaran
..
TUTORIAL
Pembentangan tutorial:Analisis model pengajaran pemprosesan maklumat dan model behavioral dengan menggunakan teknik analisis SWOT. (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats). Bentangkan.
..
ISL
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio.

Buat persediaan bahan-bahan yang diperlukan untuk KKP.
..
RUJUKAN
Weil, J. (2000) Models Of Teaching (6th edition), Boston:Allyn & Bacon

Noriati,Boon & Sharifah.(2008). Murid dan Alam Belajar.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd.
.
..
MINGGU 9
TOPIK 4. Model, Pendekatan, Strategi Dan Kaedah Pengajaran
Model-model Pengajaran
..
TUTORIAL
Persediaan tugasan KKP – kolaborasi pelajar dan pensyarah
.
ISL
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio.

Buat persediaan bahan-bahan yang diperlukan untuk KKP

Persediaan tutorial:
Buat rujukan tambahan tentang pendekatan induktif, deduktif, eklektik,tematik dan integratif dalam subjek major anda.
.
.
MINGGU 9 
TOPIK ;Strategi , kaedah & Teknik
.
TUTORIAL
Pembentangan Tutorial: Pelajar dikehendaki memberi contoh-contoh pelajaran major yang menggunakan pendekatan induktif, deduktif dan integratif.
.
ISL
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio.

Persediaan Tutorial:
Membuat rujukan secara kumpulan tentang “teknik awan” dalam Theory of Constraints untuk diaplikasikan dalam sesuatu masalah/isu yang dikenal pasti.
.
.MINGGU 10 CUTI HARI RAYA

MINGGU 11
TOPIK ;Strategi, kaedah & Teknik
.
TUTORIAL
Pembentangan Tutorial: Pelajar menunjuk cara menyelesaikan sesuatu masalah dengan mengaplikasikan Theory of Constraints (teknik awan).
.
ISL
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio.
Persediaan Tutorial:
Cari maklumat tentang pedagogi bestari dari Unit Bestari IPG dan lakar peta konsep.
Perhatian:
Pensyarah major akan fokus dengan lebih mendalam kaedah & teknik mengajar, perancangan pelajaran dan pengajaran mikro/makro

Tindakan semua kumpulan.
.
.
MINGGU 12
TOPIK: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari
.
TUTORIAL
Pembentangan Tutorial:
Pelajar dikehendaki mengenal pasti elemen-elemen pedagogi bestari berdasarkan contoh RPH bestari.
.
ISL
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio.

Persediaan tutorial:
(i) Dengan merujuk kepada kajian kes dalam muka surat 174-175 buku “ Noriati, Boon & Sharifah (2008). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd.” Buat refleksi dengan menjawab soalan-soalan dalam kajian kes tersebut.
(ii) Pelajar membuat pemetaan pengintegrasian Pelbagai Kecerdasan (Lampiran 6) berdasarkan subjek major mereka.
.
RUJUKAN
Contoh RPH Bestari.
Rujuk modul/CD Kursus Latihan Guru Bestari.
.
.
MINGGU 13
TOPIK : 5. Perbezaan Individu & Pembelajaran
.
TUTORIAL
Pembentangan Tutorial:
Membentang cadangan mengaplikasikan teori Pelbagai Kecerdasan dalam Pengajaran & Pembelajaran berdasarkan subjek major dengan menggunakan Lampiran 6 yang dibekalkan.
.
ISL
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio.
Membuat carian web instrumen-instrumen mengukur bidang EQ (kecerdasan emosi) dan MI (Kecerdasan Pelbagai).
.
.
MINGGU 14
TOPIK :6. Motivasi dan Pembelajaran
.
TUTOTIAL
Aktiviti berdasarkan pemahaman tentang motivasi.
Buat analisis nota-nota kuliah dan bahan rujukan dengan menggunakan format analisis KWL yang disediakan.
.
ISL
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio.Buat bacaan tambahan tentang motivasi dan sediakan borang KWL untuk sesi tutorial yang akan datang.
.
RUJUKAN
Woolfolk, A.E. (2004), Education Psychology (9th Ed.), Boston. Pearson Allyn & Bacon

Eggen,P, & Kauchak,D. (2004) Educational Psychology: Windows to the classroom. NJ:Prentice Hall.
.
.
MINGGU 15
TOPIK : 7. Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
.
TUTORIAL
Reka bentuk satu pelan persekitaran pembelajaran kondusif dalam bilik darjah dengan menerapkan maklumat dan ilmu yang dipelajari sepanjang semester ini. Bentangkan.
.
ISL
Menyediakan pelan persekitaran pembelajaran kondusif.
.
RUJUKAN
Rujuk kepada pelan bilik darjah kondusif dalam buku:
Noriati, Boon & Sharifah.(2008). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Pembentangan semua kumpulan.

Sunday, 17 June 2012

SELAMAT DATANG SEMESTER BAHARU JUN 2012

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails