SILA KLIK FOLLOW SEBELUM COPY BAHAN INI

Pesanan

SILA KLIK "JOINT THIS SITE" DI ATAS DAHULU SEBELUM MENGAMBIL, MENCIPLAK DAN MENCETAK BAHAN2 NOTA DALAM BLOG INI. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DGN SAYA EMAIL : abjipkb@yahoo.com @ FB: Azizi Cyberspot
Happy all, welcome to this blog, I hope that this blog will benefit and share it with everyone around the world, especially who want to know and find information about education in Malaysia. Thanks to that has been a follower of this blog and will become. InsyaAllah, we will meet again in the future.

Tuesday, 27 October 2009

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN

1.0 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF

1.1 Konsep pendekatam :

Di dalam konteks pendidikan,konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu,misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran.Dengan perkataan lain,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya.

Menurut Edward M.Anthony (1963),pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.

Berdasarkan kepada huraian Edward M.Anthony,kita boleh merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model,prinsip atau prinsip atau teori pembelajaran,misalnya daripada konkrit kepada abstrak,daripada konkrit kepada abstrak,daripada mudah kepada kompleks,daripada keseluruhan kepada bahagian,daripada umum kepada spesifik(deduktif),daripada spesifik kepada umum(induktif) daripada dekat kepada jauh,daripada diketahui kepada belum diketahui.

Pendekatan adalah aksiomatik,iaitu kenyataan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan.jika kita menggunakan cara-cara melaksanakan model,prinsip atau teori pembelajaran terhadap sesuatu pelajaran,maka model,prinsip atau teori pembelajaran boleh dijadikan sebagai suatu pendekatan dalam pelajaran yang berkenaan.

Pendek kata,pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya.

1.2 Pendekatan induktif

Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya.

Dalam penggunaan kaedah ini,guru akan memulakan pengajarannya dengan menberikan beberapa contoh yanh khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan,murid-murid dibimbing memikir,mengkaji,mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu,kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.

Di dalam sesuatu situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif,guru boleh mengemukakan beberapa contoh yang khusus,diikuti dengan aktiviti soal jawab untuk membimbing murid-muridnya memerhati,mengkaji,mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terkandung dalam setiap contoh itu.Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan kesimpulan itu.Guru hanya membimbing murid,melalui aktiviti soal jawab ,mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh –contoh khusus yang dikemukakan.
Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran,khususnya Matematik,Sains dan Bahasa.kaedah inkuiri-penemuan yang banyak diamalkan apabila mengajar Sains sebagai aktiviti pelajarannya,adalah berlandaskan kepada pendekatan induktif.
1.3 Jenis-Jenis Pendekatan Induktif :

Pendekatan induktif mempunyai pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan untuk mengajar pelbagai jenis mata pelajaran contohnya :

Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu misalnya mencari segitiga yang sama dari pelbagai jenis segitiga.

Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip gravity daripada ujikaji benda-benda yang dijatuhkan dari atas ke bawah.

Membentuk satu hokum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Misalnya mendapat hukum tatabahasa daripada analisis terhadap struktur ayat atau bahasa.

Membentuk satu teorem daripada aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya mencari hasil tambah sudut-sudut dalam pelbagai jjenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga.

Mendapat teori daripada satu urutan pemikiran. Contohnya memerhati tingkah laku manusia untuk mendapat satu teori pembelajaran.


1.4 PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF

Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan,guru perlulah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif yang dihuraikan berikut iaitu
Sebelum memulakan aktiviti p&p guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai iaitu yang boleh membantu murid membuat rumusan. Di samping itu soalan juga harus disediakan supaya murid mendapat kesimpulan yang berkenaan

Guru tidak harus memberi penerangan dan menghurikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab.Jenis contoh yang khusus harus dipelbagaikan tetapi mempunyai cirri yang sama serta mudah untuk murid mengenalpastinya.

Selepas contoh dikemukakan , murid digalakkan memberi contoh lain yang serupa.Guru tidak harus mengemukakan contoh sekaligus tetapi mempersembahkan satu persatu supaya dapat menarik minat murid dan membolehkan mereka mengenalpasti cirri pada contoh itu dengan lebih mudah.Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid membuat kesimpulan.Melibatkan penggunaan deria murid seperti penglihatan dan pendengaran.


1.5 TUNJUK CARA KAEDAH INDUKTIF :

Berdasarkan kepada model pengajaran induktif, satu contoh pengajaran dapat dibuat sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran :

Mata pelajaran : bahasa melayu

Tajuk : imbuhan ‘ ter ‘

Objektif pelajaran :

Menyatakan fungsi imbuhan ‘ ter ‘ yang membawa maksud tidak sengaja.
memberikan beberapa contoh menggunakan imbuhan ‘ ter ‘.

Sumber pelajaran : kad-kad ayat yang memakai imbuhan ‘ter’.


2.0 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF

2.1 Konsep Deduktif :

Boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu rumus,prinsip, hukum, teorem atau peraturan didikuti dengan aplikasinya ke atas contoh yang khusus. Kadang kala pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, teorem atau peraturan yang telah diketahui.
Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid mempunyai kefahaman yang mendalam dan pengetahuan yang cukup serta berupaya memilih rumus, prinsip, hokum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan kepada contoh-contoh yang khusus.

Dalam penggunaan pendekatan deduktif ini,guru memberitahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal.Murid dibimbing mengingat kembali hukum,prinsip,teori atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru.


2.2 Jenis-Jenis Pendekatan Deduktif :


Terdapat 3 jenis pendekatan deduktif yang biasa digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Penyelesaian masalah : pendekatan deduktif banya digunakan untuk menyelesaikan masalah. Misalnya setelah murid mendapat fngsi imbuhan ‘ ber ‘ mereka disuruh membuat ayat dengan menggunakan imbuhan ‘ ber ‘.

Membentuk generalisasi baru : pendekatan deduktif ini dapt digunakan untuk membuat generalisasi yang baru. Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segi empat tepat mereka diminta menggunakan rumus itu untuk mendapatkan rumus luas segitiga bersudut tegak.

Membukti hipotesis : pendekatan deduktif juga boleh digunakan untuk membuktikan Sesuatu hipotesis melalui sesuatu hokum atau prinsip yang telah dipelajari contohnya selepas murid telah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus, mereka diminta menggunakan teorem ini bagi membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga ialah 180 darjah


2.3 Prinsip-Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Deduktif

Pada peringkat permulaan masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu.Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teoti yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang didedahkan.
2.4 Tunjuk Cara Kaedah Deduktif

Berdasarkan model pengajaran secara deduktif, maka satu contoh pelajaran yang menggunakan pendekatan ini sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat :

Mata pelajaran : sains

Tajuk : ciri-ciri haiwan

Objektif : selepas pelajaran murid dapat membentuk generalisasi yang baru berdasarkan generalisasi yang telah diketahui.
Generalisasi lama : haiwan yang mempun yai syap boleh terbang

Generalisasi baru : haiwan yang mempunyai sayap dan badannya ringan boleh terbang.
Sumber pelajaran : kad-kad gambar dilukis berbagai-bagai haiwan yang mempunyai sayap.


3.0 KAEDAH PENGAJARAN INTEGRASI

3.1 Konsep :
Adalah satu cara mengorganisasikan program pengajaran supaya bahan dan kemahiran dalam kurikulum boleh disalingkaitkan dan digunakan berasakan fungsinya. Kaedah ini menyatukan topik-topik dalam kurikulum dengan pengalaman sekolah seorang kanak-kanak.

Konsep kaedah ini adalah kaedah yang berasaskan individu dan harus diamalkan dalam persekitaran pembelajaran yang bebas. Kaedah ini juga berorientasikan kaedah penyelesaian masalah.

3.2 Tujuan Kaedah.

Tujuan kaedah ini dijalankan ialah untuk mengajar murid-murid menjadi penyelesai masalah yang berdikari.Kaedah ini turut membantu murid memahami dan menghargai bahawa pembelajaran sekolah adalah saling kait dan bukit unit-unit yang tersendiri.

Menekankan proses pembelajaran dan bukannya subjek dan kemahiran spesifik.Mementingkan pembelajaran nilai sosial di mana murid-murid digalakkan bekerjasama di antara satu sama lain secara koperatif.

3.3 Peranan Guru Dalam Kaedah Pengajarn Integrasi.

Sediakan tempat dan menyediakan persekitaran di mana murid-murid dapat melibatkan diri dalam kegiatan dari segi minat, kebolehan, keperluan, personality dan motivasi. Persekitaran mestilah mesra dan bebas dari tekanan.

Menstruktur dan membimbing penerokaan kanak-kanak tetapi haruslah menggalakkan mereka berinisiatif.

Menyediakan bahan-bahan permainan yang sesuai untuk membina, mengguna, memanipulasi, mencuba, meneroka dan memerah otak.Belajar bersama murid-murid.

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih. sgt2 membantu..

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails