SILA KLIK FOLLOW SEBELUM COPY BAHAN INI

Pesanan

SILA KLIK "JOINT THIS SITE" DI ATAS DAHULU SEBELUM MENGAMBIL, MENCIPLAK DAN MENCETAK BAHAN2 NOTA DALAM BLOG INI. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DGN SAYA EMAIL : abjipkb@yahoo.com @ FB: Azizi Cyberspot
Happy all, welcome to this blog, I hope that this blog will benefit and share it with everyone around the world, especially who want to know and find information about education in Malaysia. Thanks to that has been a follower of this blog and will become. InsyaAllah, we will meet again in the future.

Tuesday, 14 July 2009

SOALAN TUTORIAL

ARAHAN :
1. Anda hendaklah sentiasa mencari maklumat terkini dalam blog MAB ini untuk mendapatkan soalan mingguan sesi tutorial.
2. Pembentangan sesi tutorial hendaklah diadakan pada setiap minggu selama 1 jam ketika sesi tutorial.
3. Pembentangan adalah mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.
4. Hasil pembentangan akan direkodkan oleh pensyarah dan dikumpulkan dalam portfolio secara individu.
5. Pada akhir semester pensyarah akan menyemak portfolio anda.
6. Portfolio yang lengkap dan kemas akan diberikan markah bonus.
SOALAN TUTORIAL MINGGU 2 (ALAM BELAJAR)
1. Cari dan senaraikan buku-buku rujukan yang sesuai di perpustakaan dan laman web. Simpan senarai ini dalam portfolio untuk membuat rujukan tambahan.
2. Carikan maklumat dari internet atau perpustakaan tentang demonstrasi dan penerangan permainan tradisional untuk kanak-kanak.
3. Anda perlu membuat rumusan kandungan kuliah dan bahan-bahan rujukan dalam peta konsep dan simpan dalam portfolio.
SOALAN TUTORIAL MINGGU 3 (CIRI-CIRI DAN JENIS MAIN)
1. Layari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang prinsip-prinsip pembelajaran Ewell. Bandingbezakan prinsip-prinsip pembelajaran yang dibincangkan dalam artikel tersebut dengan prinsip pembelajaran Gagne. Sediakan grafik bandingbeza dan bentangkan dalam kelas.
SOALAN TUTORIAL MINGGU 4 (KONSEP P & P)
1. Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan-bahan dalam bentuk peta konsep/ pengurusan grafik simpan dalam portfolio.
2. Bincang dan bandingbezakan pandangan ahli Teori Behavioris, Watson, Pavlov dan Thorndike berkaitan cara organisma/manusia belajar. Sediakan satu aktiviti menguji pemahaman tajuk berkenaan. Contoh: Kuiz, senarai semak dan ujian.

No comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails